Tadbir Urus
Dasar Pelapor Rahsia
Ryt Bank ("Bank") berusaha untuk menjalankan perniagaannya dengan tahap integriti tertinggi serta mengamalkan etika dan tatakelakuan yang baik. Untuk menegakkan aspirasi ini, Bank telah melaksanakan Dasar Pelapor Rahsia sebagai prinsip panduan, menekankan toleransi sifar untuk sebarang kelakuan tidak wajar. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau menyedari sebarang salah laku oleh kakitangan Bank atau Individu Berkaitan digalakkan untuk membuat laporan/pendedahan dengan niat yang baik kepada Pegawai Ditetapkan yang berkenaan.
Cara membuat laporan dan kepada siapa:
Laporan pemberi maklumat boleh dihantar melalui e-mel atau surat kepada Pegawai Ditetapkan yang berkenaan seperti berikut:
| Orang Yang Dilaporkan | Pegawai Ditetapkan | Saluran Komunikasi |
|---|---|---|
| Mana-mana Kakitangan Bank¹ atau Orang Bersekutu² | Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga | Melalui e-mel: speakup@rytbank.my Melalui surat (dalam sampul surat tertutup): Untuk dibuka oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga sahaja YTL Digital Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai Sea Capital Services Berhad) Tingkat 37, Menara Southpoint Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra 59200 Kuala Lumpur |
| Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga | Pengerusi Lembaga | Melalui e-mel: speakup@rytbank.my Melalui surat (dalam sampul surat tertutup): Untuk dibuka oleh Pengerusi Lembaga sahaja YTL Digital Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai Sea Capital Services Berhad) Tingkat 37, Menara Southpoint Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra 59200 Kuala Lumpur |
¹Kakitangan Bank bermaksud semua pelatih, pekerja, pegawai dan pengarah Bank.
²Orang Bersekutu bermaksud mana-mana pekerja, pegawai dan pengarah wakil Bank, vendor, kontraktor, ejen dan mana-mana entiti lain yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak Bank.
Borang Pelaporan
Klik untuk memuat turun Borang Pelaporan.
Kerahsiaan
Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dirahsiakan pada tahap paling tinggi.
Penyata Dasar Anti-Sogokan dan Rasuah ("ABC") Ryt Bank
Ryt Bank ("Bank") mendukung standard integriti dan kelakuan beretika tertinggi dalam semua urusan perniagaan dan perhubungan kami. Bank mengekalkan kedudukan toleransi sifar terhadap sogokan dan rasuah serta menegakkan semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan anti-sogokan dan rasuah. Bank telah melaksanakan Dasar ABC yang menggariskan komitmen kami dalam melaksanakan dan menguatkuasakan Program ABC TRUST untuk mengurangkan risiko sogokan dan rasuah (Kenyataan Dasar ABC Ryt Bank).
Kenyataan Komitmen Ryt Bank terhadap Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan, Pembiayaan Penyebaran Senjata Pemusnah dan Sekatan Kewangan Tertumpu (AML/CFT/CPF & TFS)
Ryt Bank ("Bank") mengulangi komitmennya yang teguh dalam memelihara integriti sistem kewangan dengan mengurus secara berkesan risiko yang berkaitan dengan pengubahan wang haram (ML), pembiayaan keganasan (TF), pembiayaan penyebaran senjata pemusnah (PF) dan pengelakan sekatan. Bank mengambil pendekatan yang proaktif dan bertanggungjawab melalui penubuhan rangka kerja Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) yang menyeluruh, disokong oleh tadbir urus yang kukuh, dasar dan prosedur yang mantap, serta sistem dan proses canggih yang selaras dengan kehendak dan keperluan pengawalseliaan.
Komponen utama rangka kerja AML termasuk:
- Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi bertanggungjawab dalam penyeliaan rangka kerja, pembangunan, pelaksanaan dan pengurusan risiko yang berkaitan dengan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan, Pembiayaan Penyebaran Senjata Pemusnah dan Sekatan Kewangan Tertumpu (AML/CFT/CPF & TFS).
- Memastikan bahawa pelanggan yang menimbulkan risiko yang terlalu besar tidak dimasukkan atau diselenggara.
- Klasifikasi risiko pelanggan yang tepat dan konsisten untuk pengurusan risiko ML, TF, PF dan sekatan yang berkesan.
- Pengurusan dan analisis data yang berkesan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan risiko dalam mengurangkan ancaman ML, TF, PF dan sekatan.
Rangka kerja AML Bank menekankan dedikasinya untuk mematuhi keperluan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta keperluan kawal selia AML/CFT/CPF &TFS Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.
Perlembagaan
Laporan Kewangan
Penyata kewangan suku tahunan
Q1 2025 Unaudited Interim Financial Statements
Q2 2025 Unaudited Interim Financial Statements
Q3 2025 Unaudited Interim Financial Statements
